Kehalusan Seni Tangan Haji Ali


Sebut sahaja namanya di Kuala Terengganu pasti orang ramai akan mengenalinya. Jasa Allahyarham Tuan Hj Ali Ngah begitu besar kepada industri pembuatan kapal di Terengganu. Kapal Naga Pelangi adalah model Perahu Besar Melayu Terengganu yang telah dibina oleh beliau untuk Christoph Swoboda, seorang rakyat Jerman.

Gambar asal Naga Pelangi

Sememangnya Pulau Duyong telah ramai melahirkan tukang pembuat kapal yang mahir sejak berzaman –zaman lamanya. Tukang-tukang kapal di Pulau Duyong membuat perahu daripada jenis kayu yang mampu meredah ombak ganas samudera. Perahu yang di buat adalah perahu layar skuner yang menjadi sebutan rakyat Malaysia seperti perahu PINIS dan perahu BEDAR.

Sememangnya bangsa Melayu terdahulu menghuni pulau-pulau di seluruh Asia Tenggara Tenggara dan telah mengembara jauh sehingga ke timur dan barat sehingga ke Pulau Madagasar dan pantai barat Afrika. Kini masih terdapat beberapa kumpulan masyarakat berdarah melayu yang mendiami di benua Afrika.

Melawan arus modenisasi, kaedah pembinaan perahu tradisional sukar ditandingi dan sedang menghadapi kepupusan pewaris bakat kehalusan keseniannya. Kesenian ini seharusnya di kekalkan kerana pabila kemahiran membina perahu kayu secara tradisional ini semakin berkurang, maka akan hilanglah satu tradisi warisan pembuatan perkapalan bangsa Melayu yang cukup gah suatu ketika dahulu.

Kini hanya tinggal beberapa orang pakar berkemahiran tinggi di dalam pembuatan bot kayu tradisional di Pulau Duyong yang masih gagah mempertahankan kesenian senibina kapal tradisional. Naga Pelangi begitu gah diperbualkan oleh masyarakat dunia kerana ia merupakan satu-satunya perahu Melayu asli yang pertama berjaya mengelilingi dunia.

Awee kepilkan bersama gambar kenangan pembinaan Naga pelangi untuk perkongsian anda semua…

Proses membentuk kayu secara tradisional

Kayu pertama yang sudah dibentuk dimasukkan ke pasak

Proses merangka kerangka kapal



»»  read more

Gotong Royong Menumbuk Emping


Suatu ketika dulu, emping adalah sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada padi muda dan kerap dibuat ketika musim tuai sebagai tanda kesyukuran golongan petani terhadap hasil pertanian.


Sehingga hari ini, makanan itu tetap digemari oleh masyarakat kampung terutama golongan petani. Namun kini proses mengemping semakin dilupakan sehinggakan ada sebilangan genarasi muda tidak mengetahui bagaimana ia dibuat. Kebiasaannya mengemping di jalankan secara gotong royong oleh kalangan kaum wanita dengan menggunakan lesung kayu yang besar. Mereka akan menumbuk padi sehingga menjadi halus. Sekiranya proses tidak dibuat dengan teliti akan menjejaskan kualiti keenakan rasa emping. Menyedari warisan emping yang semakin dilupakan, Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengadakan satu acara aktiviti menumbuk emping di perkarangan Muzium di Bukit Losong. Ia bertujuan untuk memulihara warisan yang semakin ditinggalkan oleh generasi muda kini.

Menyedari hakikat itu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah menganjurkan demonstrasi menumbuk emping di perkarangan jabatan itu di Bukit Losong, Kuala Terengganu yang disertai oleh 50 peserta dari empat daerah baru-baru ini. Pasukan Tumbuk Emping daripada Kg. Langkap merupakan satu-satunya pasukan yang kini masih giat mempromosikan Terengganu yang mempunyai ahli seramai hampir 30 orang dan sering di undang mengadakan pertunjukan peringkat kebudayaan seperti Malaysia Fest, dan seumpamanya..

»»  read more

Warisan Perkampungan Atas Air


Tahu tak di mana kedudukan Teluk Ketapang? Bagi yang biasa ke Terengganu pasti tahu kawasan ini terkenal dengan industry pembuatan hasil laut seperti keropok, belacan, budu, ikan masin, sotong kering dan sebagainya. Bagi yang ingin tahu bagaimana proses pembuatan hasil laut dan ingin merasai kehidupan perkampungan nelayan, kampung ini ada menyediakan “home stay” kampung nelayan tradisional atas air.


Di sebabkan permintaan yang tinggi terhadap industri tradisional, ramai di kalangan ahli perniagaan dari Kuala Lumpur dan singapura bertandang mencari bekalan di sini. Tambahan pula kawasan ini berdekatan dengan Bandar raya Kuala Terengganu yang mempunyai 1001 keunikan seperti mana yang Awee ceritakan sebelum-sebelum ini.

Suasana harmoni masyarakat kampung melalui aktiviti gotong royong masih segar mekar di dalam kampung ini. Bagi anda yang ingin mengembalikan nostalgia kehidupan kampung pada zaman kanak-kanak amat sesuailah bertandang ke sini kerana banyak permainan tradisional masih di mainkan oleh anak-anak kecil sebagai hiburan. Teringat pula Awee mainan 'Cak Kekok Kaki Ayam', 'Ting ting Bulu Ayam'. Kalau nak tahu macam mana permainan tu dimainkan jom bertandang ke Terengganu.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat berhubung home stay Teluk Ketapang boleh lah melayari laman ini.

http://www.homestayketapang.com



»»  read more
 

Penganjur

Penganjur

Terengganu Member

Kongsikan cerita

Copyright @ 2009 blog terengganu | Design By: Awee | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top