Kabus di Lata Chemerong

Selain daripada keindahan jajaran pantai, ramai yang tidak menyedari kekayaan sumber hasil hutan Terengganu. Pengalaman Awee menjalankan kajian Rancangan Struktur Negeri Terengganu sekitar tahun 2006 memberi Awee ruang mengenali Terengganu dengan lebih dekat.
Air terjun Chemerong sememangnya di kenali oleh pencinta alam dan pendaki tempatan. kerana terdapatnya 1001 warisan khazanah negara. Cabaran dan laluan sukar sepanjang pendakian pasti member kenangan seribu makna kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak. Kedudukannya terletak di daerah Dungun dan perjalanan 100Km perjalanan dari Kuala Terengganu.

Salah satu fakta yang Awee nak kongsi di sini, Air Terjun Chemerong ini merupakan air terjun semulajadi yang tertinggi di rantau Asia Tenggara dengan ketinggian >500m dari aras laut. Kawasan di sekitar air terjun dikelilingi kabus memberikan pemandangan yang pasti tidak mahu dilepaskan oleh sesiapa. Waw!

Untuk ke sana pendaki harus menempuh setengah jam perjalanan di laluan yang mendatar,dan menyeberangi satu jambatan gantung. Selepas itu laluan semakin sukar dan dianggarkan setengah jam perjalanan barulah anda akan tiba di kaki Air Terjun Chemerong. Cabaran paling getir adalah menyeberangi dua batang anak sungai berarus deras. Dengan menggunakan tali, seorang demi seorang harus melepasi laluan sungai berbatu.

Pada mereka yang sukakan aktiviti perkhemahan, Awee cadangkan di sini adalah tempat terbaik untuk anda yang gemar dan cintakan alam semulajadi. Kenangan sebegini pasti tak akan dilupakan.
Terdapat juga perkhidmatan pemandu pelancong untuk anda yang ingin meneroka hutan lipur Chemerong dengan lebih mendalam. Dari segi fasiliti kemudahan, Awee lihat semuanya serba lengkap dan memudahkan perhubungan dengan luar.

Sedikit maklumat untuk anda yang ingin berekspedisi di Hutan lipur Chemerong, boleh hubungi no berikut :

Pegawai Hutan Lipur
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun,Terengganu.
Tel. : 09-8441404

Selamat Melancong!

0 comments:

Post a Comment