Open top menu

Jalan-jalan.. cari "makang"..ewahh.. hari ini awee Cuma nak cerita tentang perihal nasi dagang. Teringat kelazatan dan kelemakan nasinya. Umph…sedapnya..

Nasi dagang sememangnya terkenal dan merupakan hidangan istimewa di negeripantai timur khususnya Negeri Terengganu “kiter”. Kebiasaannya nasi dagang asli Terengganu diperbuat daripada campuran beras pulut dan di masak bersama-sama santan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan gulai istimewa yang di masak dengan rempah khas. Rasanya pun berlainan daripada kari biasa tau. Ikan yang digunakan dari jenis ikan “aya hitam” atau bahasa mudah ikan tongkol ditambah keceriaannya dengan acar timun. Waw! Sedapnya.

Mengikut sumber yang Awee perolehi dari pakcik google, asalnya kenapa di namakan nasi dagang kerana nasi ini cuma mempunyai satu lauk sahaja, mudah disediakan bagaikan mereka dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk pauk yang banyak.

Nak cuba resepi Nasi Dagang Asli Terengganu?

Melalui pembacaan dan cara keluarga Awee sediakan nasi dagang, begini lah lebih kurang resepinya.

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
10 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula

Garam sedikit rasa Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cair

Bawang merah & halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat

Cara penyediaan
Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan.

Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak.

Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati.
Nasi tidak perlu dikukus lagi


Gulai Nasi Dagang Asli

Bahan-bahan
1-½ kg ikan kayu/tongkol/tenggiri
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu besar Gula merah, 10 lada besar (hijau+merah), segengam cili api, 15 biji asam belimbing buluh ( jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji)
Minyak masak secukupnya

Bahan A(Rendam dan blend)
=> 3 sudu besar Ketumbar
=> 3 sudu besar Jintan Manis
=> 5 biji Buah keras
=> 1 sudu besar Lada hitam

Bahan B ( Hiris halus + Blend)
=> 2 inci Halia
=> 2 inci Lengkuas
=> 1 mangkuk Bwg merah
=> 2 labu Bwg putih
=> 3 kotak Belacan (kotak kecil)

Bahan C (rendam dgn air panas + blend)
1 mangkuk cili kering


Cara penyediaan
Ikan disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam. Lepas dicuci masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 drp paras ikan dlm periuk. Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali). Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering.

Gunakan kuali besar, letak minyak (1-1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya.

Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi. Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi.

Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato. Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air.

Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah. Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah garam gula.

p/s : kalau tak berapa nak asli rasanya kena cuba Tanya orang "ganu". Mungkin sukatan garam nya terlebih..hihihi..


Tagged
Different Themes
Mengenai Blog

Blog Terengganu ini diwujudkan untuk memberi maklumat mengenai tips perjalanan dan melancong ke negeri Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak keunikan negeri pantai timur ini yang mungkin belum anda terokai

0 comments