Makan kaki Lembu...Resepi Lazat Rojak Kateh


Pernah dengar tak rojak Kateh? Kalau rojak buah ke rojak mee ke biasa lah korang dengar betul tak? Awee nak cerita sikit aje pasal rojak Kateh. Makanan ni adalah makanan tradisi yang terkenal habis kat Terengganu ini. Yang menariknya rojak ini dibuat dari urat keting lembu atau kerbau, dibakar dan direbus selama beberapa jam.

Agak pelik bagi sesiapa yang tak pernah merasa tetapi di terengganu rojak Kateh ini dah menjadi tradisi. Kalau singgah di pasar payang, banyak kedai-kedai makanan yang menyediakan masakan ini. Di sini Awee kongsikan sikit resepi yang di bawa khas dari Terengganu. kalau tak sedap boleh pesan di Pasar Payang.hihihi…


Bahan-bahannya

• 1/2 kilo daging lembu @ kaki lembu di bakar/lidah lembu kalau nak sedap
• 1 senduk kecil lada giling
• 2 senduk kecil cuka makan
• Segenggam asam jawa
• 1 keping gula nisan'/gula anau/gula Melaka/gula perang
• Sedikit garam & gula

Cara penyediaan
  1. Daging lembu di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Kalau boleh potong dadu supaya mudah nak menyungah.
  2. Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
  3. Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan'/gula anau/gula Melaka/gula perang dan biarkan gula larut.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak katehboleh ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ada rasa masam, manis dan pedas.
  5. Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuah dan biarkan sebentar.
  6. Rojak kateh sedap di makan begitu saja atau di cecah dengan keropok. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari.

0 comments:

Post a Comment