Resepi Tok Wan : Penganan manis


Raya-raya ni mesti banyak juadah kan, Betul tak? Sampai ke hari ni biskut raya rumah Awee tak habis-habis lagi. Kalau nak beraya boleh lah.. Makin hari sebenarnya tak ramai orang melayu yang pandai memasak masakan asli melayu terutamanya kuih muih. Hari ini Awee nak share lagi satu resepi glamer dikalangan masyarakat Pantai Timur khususnya Terengganu iaitu kuih penganan. Apa lagi, resepi dah kasi. Salin aje lah.hihi..


Bahan-bahan:

8 biji telur ayam
2 cawan gula
2 cawan tepung kacang hijau
1 cawan pati santan


Cara-cara membuatnya:

Mula-mula telur dipukul dengan gula dan biar ia sebati.Masukkan secawan pati santan kemudian kacau ia perlahan-lahan.Kemudian masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit sampai kesemua adunan tadi sebati. Bila dah sebati boleh lah tapis kesemuanya dengan penapis kain yang jarang. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan lalu dibakar dengan api yang perlahan

0 comments:

Post a Comment