Resepi Tok Wan : Tok Aji Serban


Kuih tradisional Terengganu...macam kelakar je namanya kan? tak tahu la pulak kenapa namanya sebegitu...Tapi rasanya memang lazat....Atas macam sekaya dan bawah pulut. Ada juga orang kata ia kuih pulut sekaya..
Kuih Tok Aji Serban hampir menyerupai kuih Seri Muka kecuali adunan kepala (bahagian atasnya) yang biasanya bewarna perang dan bukannya hijau. Kepada pengunjung yang bertandang ke Terengganu, bila ke sini jangan segan-segan untuk mencuba makanan dan masakan mereka. Semua sedap-sedap…Kalau nak mencuba resepinya..Awee kepilkan bersama hasil pencarian di malam ni..
Bahan-bahan

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
*Masak pulut seperti biasa, masak bersama sedikit santan cair dan sedikit garam untuk menambahkan lemak.


 
Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
3 biji telur
1 s/t garam

Cara-cara membuat
Lapisan Bawah (pulut)
  1. Kukuskan pulut sehingga masak.
  2. Setelah masak, keluarkan dari pengukus, mampatkan pulut tadi cantik-cantik.
  3. Ketika masih panas, tuangkan adunan atas dan masak semula.
Lapisan serbannya
  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau sehingga sebati.
  2. Tapis terlebih dahulu, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  4. Setelah sejuk, boleh lah dipotong kecil.

0 comments:

Post a Comment