Open top menu


Seni anyaman semakin hari semakin pupus. Sedih beb. Kalau dulu masa Awee kecil-kecil selalu ikut & tengok nenek menganyam tikar mengkuang. Sekarang ni..hurmmm payah bebenor nak cari orang melayu yang pandai menganyam baik tikar mengkuang atau yang berkaitan dengan seni kraftangan. Boleh kata kurangnya generasi pelapis mewarisi seni anyaman ni. 




Kalau kini kat Kuala Ibai, Terengganu masih aktif menghasilkan barangan seni anyaman ni. Yang “Glamer” nya adalah seni anyaman mengkuang. Produk tikar mengkuang berlambak-lambak di pasarkan di Kuala Terengganu. Mengkuang boleh di dapati di kawasan kampong dan kawasan berbukit. Ciri-cirinya daun berduri dan panjang. Ada beberapa sepsis mengkuang yang di gunakan untuk anyaman macam

1. Mengkuang Kampung
2. Mengkuang India
3. Menguang Ladang

Nak hasilkan tikar mengkuang perlu lalui beberapa proses. Awee nak cerita satu persatu sepuluh hari sepuluh malam pun tak habis. Jadi Awee singkatkan aje lah yer..

Ada beberapa proses untuk hasilkan tikar mengkuang iaitu melibatkan :

Proses penyediaan daun.

a. Pemilihan daun dan pemotongan daun
b. Melayur daun
c. Menjangka daun (proses membelah daun)
d. Melurut
e. Merendam

Proses dan teknik anyaman

a. Lagang
b. Anyaman
c. Lepih
d. Sisip
e. Kerat

Tikar dalam masyarakt orang melayu memang meluas penggunaannya. Adat melayu seharusnya sesuatu ruang atau tempat hendaklah di gunakan sebagai tempat duduk lazimnya di bentang tikar dahulu.

Jadi kalau berhajat nak dapatkan barangan anyaman boleh lah singgah kat kuala Ibai. Terengganu.
Tagged
Different Themes
Mengenai Blog

Blog Terengganu ini diwujudkan untuk memberi maklumat mengenai tips perjalanan dan melancong ke negeri Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak keunikan negeri pantai timur ini yang mungkin belum anda terokai

0 ulasan